Pages

Friday, April 27, 2012

Du-Ga-An

Hari demi hari, hari ku bertambah sunyi.
Memikul segala masalah yang perlu ku hadapi.
Semakin ku meningkat dewasa.
Semakin itu juga berbagai masalah yang timbul di fikiran ini.
Aku lemah, aku wanita. Aku makhluk kecil yang tak punya apa-apa.
Hanya mampu bersabar, menunggu saat bahagia datang mencari ku.

Aku tak mengerti.
Mengapa aku lapan belas tahun sudah perlu menghadapi kesedihan tanpa henti.
Apa salahku? Adakah ini sudah menjadi suratan hidup ku?
Air mata mengalir setiap hari.
Seperti air mata ini tidak berharga lagi.
Menangis tanpa sebab yang kukuh.
Menangis termenung mengenang nasibku.
Namunku redha menerima segalanya dengan penuh tabah.

Mungkin ada hikmah disebaliknya..

Engkau beriku dugaan hari demi hari.
Tidak putus juga hambaMu ini memikirkanMu ya Allah.
Mungkin dengan cara ini Engkau mahuku mengingatiMu.
Ku mengerti siapaku disisiMu.

Masalah? Halangan? Dugaan? Rintangan? Kekangan?
Siapakah yang mencipta perkataan ini?
Aku pasti 'dia' sudah lali dengan segala dugaan yang datang menemuinya.

Manusia?
Manusia tidak normal jika tidak pernah mengalami kesusahan atau problema.
Setiap yang normal itu pasti akan merasainya.
Hanya diri kita sahaja mampu atau tidak menghadapinya.

Dugaan..
Engkau tidak akan pernah berhenti mencari mangsamu.
Walaupun sedetik! Kerana masa itu emas.
Dugaan tidak mahu mensia-siakan waktu kita.
Kerana dugaan mahu kita sentiasa ingat akan yang SATU.
Allah S.W.T







HambaMu,
Nurul Adha Mohd Roslan.